Wednesday, June 2, 2010

Date : 3 June 2010

Hari nie dah masuk minggu ke dua selsema ni belum berakhir.
Bekalan madu dah kehabisan, tu sebab lambat baik agak nya.

Sekarang ni musim H1N1 pun masih hangat di pasaran lagi..... entah bila nak berakhir.
Semuga Allah selamat kan aku dan keluargaku dan seluruh umat muslimin dan muslimat.

Amin............

Tuesday, March 30, 2010

Mar 30 2010

Assalamualaikum,

Hari ini harijadi Alifah yang ke 10. Selamat harijadi, semuga panjang umur.

Diofis pun ada sambutan harijadi untuk mereka yang lahir bulan Mar. Antaranya Aini, Rajen, Othsuki, Khairul dan beberapa yang lain, dah tak ingat nama mereka. Semuga panjang umur.

Sehingga jumpa lagi...... selamat malam. 10.05pm

Wednesday, November 18, 2009

Anniversary

Hari ini lanjutan ulangtahun perkahwinan yang ke 19. Imbas kembali pada masa itu, cemas juga, teruja pun ada. Walau bagaimana pun, kami telah melaluinya selama 19 tahun. Tahun tahun yang ceria dan bahagia.

Apa pun...... I wont give it up for anything

Tuesday, November 17, 2009

Hujan

Semenjak akhir akhir ini, hujan semakin menjadi jadi di lembah kelang.
Ramai yang mengeluh, saya tak mengeluh cuma kain di rumah semua nya belum kering.
Di ofis, Oct 30 yang lalu, menara kami yang tinggi di panah petir. Agak nya banyak syaitan yang
bertenggek di situ.
Walau bagaimana pun hujan mengundang rasa sayu dihati.

Hari ini 17 /11 /09 adalah ulangtahun perkahwinan saya yang ke 19. Semuga berkekalan hingga ke akhir nya.

Friday, November 13, 2009

Nov 13 2009

Hari jumaat nie Friday 13, apa tu??
Pada masyarakat kita tak bawa maksud apa2.
Apa yang di takutkan...... takut pada Allah sahaja.
Walau bagaimanapun esok ada company dinner... nak enjoy.

Monday, November 2, 2009

2 November 2009

Hari ini , aku MC kerana demam . Aku ke klinik pada pukul 8.30am . Lepas itu , aku duduk rumah kemudiannya tidur dengan nyenyaknya .